cantik tak cara potongan cheesecake ni. cantek kan. bukan semua orang tau cara betul memotong cheesecake. oleh kerana struktur cheese ni yg melekit2, kalau kite potong, dan angkat/tarik pisau, cheese akan terlekat2 kat pisau. nanti nak potong lagi, ketulan2 cheese akan terlekat atas topping. comot la jadiknye kan.
jadik saya akan ajarkan cara terbaik memotong cheesecake
cheesecake adalah terbaik dipotong sebaik sahaja dikeluarkan dari peti sejuk (cheese belum mula mencair). gunakan pisau steel, bukan pisau potong kek yg plastik tu. rendamkan dulu pisau tu dalam air panas, pastikan pisau betul2 panas, baru mula memotong cheesecake. lap pisau. dan teruskan memotong bahagian lain. setiap satu potongan, satu rendaman. mmg leceh sikit la ye. tapi hasil yg sangat memuaskan.
cantik kan?
untuk menempah berbagai cheesecake, sila call @ sms 012-9290402
No comments:
Post a Comment